Home » » FBI Raya Sakan [ Malay TV Show 2013 ]

FBI Raya Sakan [ Malay TV Show 2013 ]

Plot:
Mengambil kira populariti inilah terbitnya idea untuk mengembangkannya sebagai program istimewa Aidilfitri yang dinamakan FBI Raya Sakan pada 11 Ogos depan atau pada hari raya keempat pada jam 8.30 malam di TV9. Program yang diterbitkan Nurhul Huda Khalid ini mengundang artis popular seperti Farah Fauzana, Scha Al-Yahya, Nabil, Almy Nadia, Nabil Ahmad dan Aizat Amdan. Turut tampil memeriahkan program berkenaan ialah Bell Ngasri dan anak didik Faizal dalam Bintang Mencari Bintang iaitu kumpulan Tapaw dan Ajo. Seperti kebiasaan program Hari Raya, FBI Raya Sakan turut memuatkan lagu raya popular dari dulu hingga sekarang. Bagaimanapun, kelainan yang ditampilkan ialah selebriti yang diundang itu dikehendaki mendendangkan dan ‘merosakkan’ lagu raya itu seperti Menjelang Hari Raya (DJ Dave), Seloka Hari Raya (Uji Rashid dan Hail Amir), Selamat Hari Raya (Saloma) dan Suasana Hari Raya (Anuar & Ellina) mengikut gaya mereka sendiri. Selain memaparkan aksi nyanyian dan sembang santai, FBI Raya Sakan juga menyelitkan video mencuit hati serta sketsa pendek oleh FBI dan tetamu rumah terbukanya. Malah penonton di studio juga dapat berinteraksi dan beramah mesra bersama selebriti jemputan dengan menyertai permainan menarik yang menyerikan lagi program ini. Pihak media yang dijemput menyaksikan rakaman program ini dapat merasai kemeriahan Aidilfitri dalam setiap elemen yang dipaparkan. Gaya pengacaraan Faizal yang santai serta dibantu oleh Bell yang bersahaja berjaya menghidupkan lagi program ini. Nurhul Huda berkata, melihatkan program Apa Saja FBI mempunyai kelompok peminat tersendiri, TV9 tidak teragak-agak mencuba kelainan apabila menjadikannya sebagai salah satu program istimewa Aidilfitri buat peminat. “Tahun ini TV9 mahukan sebuah program Hari Raya daripada Faizal. Selepas berbincang kami dapat idea tampilkan konsep rumah terbuka Faizal yang berbeza daripada biasa. Elemen menarik dalam FBI Raya Sakan ialah nyanyian artis jemputan yang bukan terlalu sempurna. Kalau sumbang pun sumbang dan nyanyian mereka diiringi pemuzik yang dipimpin Lok U. “Mengenai artis undangan pula, saya mencadangkan nama yang sesuai kepada unit penjenamaan TV9 dan mereka turut bersetuju. Bagaimanapun ada nama ini terpaksa ditukar pada saat-saat akhir kerana beberapa perkara tertentu. Apapun, ia tak menjejaskan perancangan yang sudah diatur,” katanya.
Genre: TV Show
Audio: Malay
Subtitle: None
Quality: SDTVRip
Format: MP4
Trailer: None
Detail: None

PLEASE READ TUTORIAL :

PASSWORD :
downloadur


SINGLE LINK : UFOX / HUGEFILES / MEGA / Megafiles.se / Cyberlocker

MULTI LINK : EmbedUpload / MultiUpload

0 comments:

Post a Comment

 
Credit : Team Hanna
Copyright © 2013. File Ripperz - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger