Home » » Malaysia XI Vs. Barcelona FC [ Sport 2013 ]

Malaysia XI Vs. Barcelona FC [ Sport 2013 ]

Plot:
Walaupun terpaksa akur kemenangan di pihak Harimau Malaya agak tipis jika berdepan dengan mana-mana kelab gergasi khususnya Barcelona malam tadi, namun pasukan negara boleh dikatakan tewas bermaruah kerana berjaya memperbaiki rekod buruknya. Sebelum ini, Harimau Malaya catatkan prestasi hambar ketika menentang pasukan kebangsaan Thailand dengan mata 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala, Bangkok pada Rabu lepas. Biarpun dikritik teruk pemain kelab tersohor Sepanyol kerana keadaan fizikal padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak teruk, namun ia tidak mematahkan semangat anak didik Datuk K. Rajagopal untuk beraksi cemerlang dalam penutupan siri jelajah Barcelona sebelum menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos ini. Perlawanan persahabatan yang berakhir malam tadi di Stadium Shah Alam itu menyaksikan FC Barcelona menggungguli permainan mengatasi Malaysia XI dengan jaringan 3-1 baik di babak separuh masa pertama dan kedua. Kelebihan berpihak kepada Barcelona apabila pasukan itu memulakan permainan dengan cubaan jaringan pada awal minit ke-15 namun gagal membolosi gawang Harimau Malaya yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat. Kealpaan Barcelona yang bertali arus menghantar serangan nyaris mengundang malapetaka apabila pada minit ke-19, Norshahrul Idlan cuba melakukan hantaran namun gagal dihalang Gerard Pique. Namun pada minit ke-32, langkah Barcelona berhasil apabila berjaya menjaringkan mata pertama buat kelab antarabangsa itu setelah Cesc Fabregas menanduk masuk bola ke gawang Malaysia yang dihantar oleh Jordi Alba. Bagaimanapun, disiplin tinggi yang ditunjukkan pemain negara khususnya bermain secara berpasukan nyata membuahkan hasil apabila sepakan Amri Yahya berjaya menyamakan kedudukan mata 1-1 pada minit ke-40. Walaupun banyak kritikan dilontarkan kepada strategi pasukan negara dengan menguatkan barisan pertahanan, namun ia dapat dibolosi dengan mudah pada minit ke-43 apabila Neymar Jr. menambah jaringan dengan hantaran mudah. Sebelum separuh masa kedua berakhir perlawanan menjadi sedikit tegang apabila Wan Zack Haikal cuba dikasari Cesc Fabregas menyebabkan masa perlawanan terpaksa ditambah seminit oleh pengadil. Namun tiada sebarang kad dikenakan kepada mana-mana pemain terbabit. Pada awal babak kedua pula, perlawanan menyaksikan Neymar direhatkan dan digantikan Tello yang juga bintang bola sepak Brazil. Barcelona kembali menguasai permainan dan menciptakan beberapa peluang. Namun daripada peluang yang ada, hanya satu gol berjaya menembusi kubu Malaysia hasil hantaran Gerard Pique pada minit ke-75. Bagaimanapun sehingga tamat masa perlawanan, Barcelona mahupun Malaysia tidak menambah jaringan masing-masing sekaligus keputusan muktamad dengan mata 3-1 nasib menyebelahi Barcelona. Meskipun Malaysia tewas lagi tangan kelab antarabangsa, namun kepuasan tergambar daripada wajah pemain negara kerana mampu memperbaiki perlawanan dengan memperkuatkan bairsan pertahanan. Mungkinkah nasib Ketua Jurulatihnya, Rajagopal akan berubah selepas ini susulan anak didiknya berjaya mempersembahkan permainan yang menarik dan bertenaga berbanding pada bulan puasa lalu? Kita nantikan reaksi pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya kelak.
Genre: Sport
Audio: Malay
Subtitle: None
Quality: SDTVRip
Format: MP4
Trailer: None
Detail: None

PLEASE READ TUTORIAL :

PASSWORD :
downloadur


SINGLE LINK : UFOX / HUGEFILES / MEGA / Megafiles.se / Cyberlocker

MULTI LINK : EmbedUpload / MultiUpload
PART LINK - EmbedUpload : PART 01 / PART 02

0 comments:

Post a Comment

 
Credit : Team Hanna
Copyright © 2013. File Ripperz - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger